Saturday, 11 May 2013

Engkaulah segalanya ^_^

selamat hari ibu kepada pn. Zabedah.


 ibu, terima kasih kerana melahirkan akak di dunia ni. membesarkan akak tanpa kenal erti penat, mendidik akak dgn sabar, menjaga akak walau ke mana akak pergi, menyayangi dan melindungi akak lebih dari nyawa ibu sendiri dan segalanya. semuanya akak xmampu nak tulis sbb banyak sgt jasa ibu pd akak. akak sendiri xmampu nak balas semua kebaikkan yg ibu bg :')

ibu, terima kasih selalu menjadi sahabat akak. ibu selalu bg nasihat bila akak tersilap langkah. bila akak sedih, ibu xpernah jemu dgr masalah akak n selalu nasihat akak. peneman jatuh bangun akak sepanjang 21tahun ni. walaupun akak xbercerita dgn ibu, tp tiap kali bila akak tgh sedih ibu tahu n selalu cuba happykan akak. ibu tak biarkan akak sorg2. bila akak sakit, walaupun prnh akak cuma sakit sembelit ibu jaga akak sampai pastikan akak sihat mcm biasa. terima kasih ibu :')

ibu, sepanjang 21tahun ni ibu banyak sabar dgn mcm2 dugaan n melayan kerenah anak2 ibu. walaupun ibu ada kak yong dgn akak, dugaan ibu dan babah lalui mcm2 akak tak mampu nak tandingi. kesabaran ibu, sikap pemaaf ibu, cekal hati ibu, kasih syg ibu selalu bg contoh pd akak. terima kasih ibu :')

ibu, ibu terlalu istimewa. ibu selalu beri yg terbaik utk anak2 ibu. akak tahu, ibu xpernah putus doakan kebahagiaan anak2 ibu. akak tak kesah org ckp akak anak manja, xboleh jauh dgn ibu ke ape sbb bg akak ibu sgt penting. senyuman ibu n gelak ketawa menangis yg kita berkongsi bersama terlalu indah ibu.. itulah kebahagiaan akak. terima kasih ibu :')

ibu, kalau ibu pernah terkilan dgn akak, menitiskan air mata sbb kesalahan akak, maafkan akak ibu. akak masih belajar utk jadi yg terbaik dan memperbaiki diri akak. akak tahu ibu pernah mengalirkan air mata sbb terkilan dgn sikap degil and keras kepala akak. ibu pernah rotan akak bila akak memberontak xnak dgr ckp ibu.. xpe ibu, sbb bila akak dah meningkat dewasa akak faham. ibu xnak akak jadi orang xberguna. ibu xnak akak buat perkara2 yg merosakkan n memalukan diri sendiri. jgn pernah rasa menyesal/rasa bersalah sbb klu semua tu xjadi, akak xkan beringat n mgkn akak makin jauh. tangan yg menghanyun buaian, mampu mengoncang dunia. terima kasih ibu :')

tiada kata lain, akak sayangkan ibu sgt2. ibu kurniaan Allah yg terbesar dan paling berharga dlm kehidupan akak. tanpa ibu, akak xkan berjaya n sampai sini. terima kasih ibu. moga Allah selalu menyayangi, melindungi dan merahmati ibu selalu. kalau Allah ambil nyawa akak dulu dari ibu, akak tggu ibu. mcm tu jugak sebaliknya. :')

No comments:

Post a Comment