Saturday, 11 May 2013

Engkaulah segalanya ^_^

selamat hari ibu kepada pn. Zabedah.


 ibu, terima kasih kerana melahirkan akak di dunia ni. membesarkan akak tanpa kenal erti penat, mendidik akak dgn sabar, menjaga akak walau ke mana akak pergi, menyayangi dan melindungi akak lebih dari nyawa ibu sendiri dan segalanya. semuanya akak xmampu nak tulis sbb banyak sgt jasa ibu pd akak. akak sendiri xmampu nak balas semua kebaikkan yg ibu bg :')

ibu, terima kasih selalu menjadi sahabat akak. ibu selalu bg nasihat bila akak tersilap langkah. bila akak sedih, ibu xpernah jemu dgr masalah akak n selalu nasihat akak. peneman jatuh bangun akak sepanjang 21tahun ni. walaupun akak xbercerita dgn ibu, tp tiap kali bila akak tgh sedih ibu tahu n selalu cuba happykan akak. ibu tak biarkan akak sorg2. bila akak sakit, walaupun prnh akak cuma sakit sembelit ibu jaga akak sampai pastikan akak sihat mcm biasa. terima kasih ibu :')

ibu, sepanjang 21tahun ni ibu banyak sabar dgn mcm2 dugaan n melayan kerenah anak2 ibu. walaupun ibu ada kak yong dgn akak, dugaan ibu dan babah lalui mcm2 akak tak mampu nak tandingi. kesabaran ibu, sikap pemaaf ibu, cekal hati ibu, kasih syg ibu selalu bg contoh pd akak. terima kasih ibu :')

ibu, ibu terlalu istimewa. ibu selalu beri yg terbaik utk anak2 ibu. akak tahu, ibu xpernah putus doakan kebahagiaan anak2 ibu. akak tak kesah org ckp akak anak manja, xboleh jauh dgn ibu ke ape sbb bg akak ibu sgt penting. senyuman ibu n gelak ketawa menangis yg kita berkongsi bersama terlalu indah ibu.. itulah kebahagiaan akak. terima kasih ibu :')

ibu, kalau ibu pernah terkilan dgn akak, menitiskan air mata sbb kesalahan akak, maafkan akak ibu. akak masih belajar utk jadi yg terbaik dan memperbaiki diri akak. akak tahu ibu pernah mengalirkan air mata sbb terkilan dgn sikap degil and keras kepala akak. ibu pernah rotan akak bila akak memberontak xnak dgr ckp ibu.. xpe ibu, sbb bila akak dah meningkat dewasa akak faham. ibu xnak akak jadi orang xberguna. ibu xnak akak buat perkara2 yg merosakkan n memalukan diri sendiri. jgn pernah rasa menyesal/rasa bersalah sbb klu semua tu xjadi, akak xkan beringat n mgkn akak makin jauh. tangan yg menghanyun buaian, mampu mengoncang dunia. terima kasih ibu :')

tiada kata lain, akak sayangkan ibu sgt2. ibu kurniaan Allah yg terbesar dan paling berharga dlm kehidupan akak. tanpa ibu, akak xkan berjaya n sampai sini. terima kasih ibu. moga Allah selalu menyayangi, melindungi dan merahmati ibu selalu. kalau Allah ambil nyawa akak dulu dari ibu, akak tggu ibu. mcm tu jugak sebaliknya. :')

Friday, 10 May 2013

Allah itu Perancang dan Hakim yg Hebat

Berhabuk blog aku. last aku update masa tahun lepas sbb subjek dgn tuan syed. :)

Alhamdulillah. akhirnya tamat jugak pengajian diploma pengurusan bank sepanjang tempoh 3 tahun ni. tahniah pd kawan2 yg dpt keputusan yg cemerlang dan ade peningkatan. So, ade rezeki jumpalah nnt di hari konvokesyen :)

Tiada ucap selain syukur Alhamdulillah yg amat2 bila keputusan yg aku terima diluar jangkaan aku. terima kasih pd lecturer dari part 1 sampailah part 6 yg mengajar aku n kawan2 kelas aku yg lain. terima kasih jugak pd ibu babah kak yong and ahli kluarga yg lain mendoakan aku dan selalu memberi kata2 semangat utk maju. pada kawan2 dari semester 1 sampai semester 6 yg sabar dan menerima diri aku seadanya dalam ukhuwah kita bersama 3tahun ni ye? terutama kepada ah boon dan suzyanto marcello, banyak nasihat aku banyak bg kata sokongan n selalu jd pendengar aku. dan kepada yg tersayang, hairul nizam bin yazid, thanks jugak sbb memahami dan selalu bg ayat2 positif bila aku down sampai stress sepanjang tempoh final exam. moga Allah membalas jasa2 kalian yg mendoakan diri ini yg baik2 dan membantu hidup seharian aku. :)














3tahun bukanlah tempoh yg singkat. Mcm2 berlaku pd diri aku. Ada yg sedih, ada yg happy. tp, aku bersyukur setiap apa yg jadi walaupun kadang2 aku sendiri tak faham kenapa ujian dan dugaan itu berlaku pd aku. sebab semua yg jadi adalah kehendak Allah dan sedikit sebanyak menegur aku, memperbaiki kesilapan dan kekurangan diri n paling penting menjadikan aku seorang yg lebih matang dan berhati2 dalam kehidupan.

aku tak malu mengaku, aku selalu buat silap sbb aku bukanlah ppuan sempurna yg kelihatan baik dan hebat sentiasa. lagi, aku seorang pendendam. satu prinsip aku, kalau orang xbuat masalah dan meyusahkan aku, aku xkan buat masalah n menyusahkan org. sbb aku jenis bukan suka nak tahu hal org tu bercinta dgn sape, siapa kawan2 org tu selain aku, taye org sana sini dia buat apa dgn sape n mcm2. tp lama2 aku sedar dan aku MESTI buang penyakit hati tu perlahan2 dalam diri aku walaupun susah sbb sakit sgt.

dan aku malu dgn diri sendiri, walaupun aku banyak buat dosa, tp nikmat kegembiraan dan bila doa2 aku termakbul, aku rasa betapa Allah itu maha penyayang dan mendengar. setiap rintihan, setiap persoalan yg aku xtahu apa kebenaran, setiap sakit dan dendam di hati bila aku luahkan, Allah menjawab dgn perlahan2 dgn menurunkan ujian dan dugaan.

apa ujian dan dugaan tu? bak kata puan suhana masa kelas lect legal, kadang2 manusia yg mcm2 perangai ni pun salah satu ujian buat kita. puan thahirah(lect HR) pulak, what goes around, comes around. what you give, you get back. jadi kesimpulannya betullah apa yg aku baca, setiap manusia yg dilahirkan di dunia ini, sudah tertulis jodoh,rezeki,ajalmaut,ujian dugaan,kegembiraan kesedihan tersendiri mengikut kemampuan masing2. cuma yg bezanya, diri kita sendiri menerima qada' dan qadar Allah.

anggaplah kegembiraan yg kita rasa tu sbg nikmat dari Allah dan ksedihan dari ujian dan dugaan itu sbg teguran kepada diri kita untuk selalu muhasabah diri. bg aku,bila kita sibuk carik kesalahan diri sendiri terlebih dahulu, kita akan rasa betapa hina n malu dgn Allah. sbb aku sendiri merasakan semua tu. tapi kalau asyik sibuk pertikai n nilai salah org tak habis2, rasa diri kita je betul mmg kita akan rasa kita sempurna tp kosong.

ada satu ayat Rasulullah S.A.W dalam penghujung buku yg aku baca sgt memberi semangat pada aku (Untuk kita pendosa,Harapan Selalu ada.Hilal asyraf,2013) "SETIAP ANAK ADAM PASTI MELAKUKAN KESALAHAN DAN SEBAIK-BAIK MANUSIA YG MELAKUKAN KESALAHAN ADALAH MEREKA YG BERTAUBAT", hadith dilaporkan Ibnu Majah dan tarmizi.

#biarkan mereka yg sibuk memperkatakan tentang diri kamu kerana kamu adalah bayangan ngeri mereka yg tak dpt jadi seperti kamu ^_^

1.38am, 11/5/2013